Pages

Sakinah Bidas Kritikan Videonya Bertanyakan Seluar Dalam Zizan Warna Apa

Thursday, August 22, 2013

Beberapa hari lalu, Sharifah Sakinah telah memuat naik video terbaru yang turut menampilkan Zizan Razak, Ajak Shiro dan Michael Ang dengan berbicara mengenai warna seluar dalam yang dipakai oleh mereka bertiga.
Video Keek Sharifah Sakinah Sindir Pengkritik Videonya
Ekoran dari tindakan itu, ada segelintir peminat yang memberi kritikan terhadap video tersebut dan menganggap lawak Sakinah tidak masuk akal serta tidak bermoral.
Disebabkan menerima kritikan tersebut, Sakinah muncul dengan video terbaru yang berjudul Terima Kasih Kerana Menasihat Ya Ahli Syurga. Video tersebut juga dipercayai dirakam untuk membalas segala teguran peminat yang ditujukan kepada dirinya.
Jika pembaca ingin mengetahui apa yang diperkatakan oleh Sakinah boleh saksikan video di bawah ini.

No comments:

Post a Comment

 

Most Reading

Blog Archive