Pages

Mesin Jualan French Fries Pertama Di Dunia ( 4 Gambar )

Monday, August 26, 2013

Jejari kentang goreng atau 'french fries' merupakan hidangan snek yang sangat digemari oleh semua orang..Namun, bagi menikmatinya, seseorang itu harus berkunjung ke restoran makanan segera atau sekadarnya memasaknya di rumah..Berhadapan dengan cabaran tersebut, sebuah mesin jualan yang memasak dan menjual 'french fries' telah ditempatkan di Belgium, malah menjadi mesin jualan pertama di dunia seumpamanya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.. 






Hanya dalam masa 90 saat, mesin jualan layan diri ini boleh menyediakan hidangan french fries panas bersaiz individu yang dimasak menggunakan lemak daging lembu atas permintaan orang ramai. Anda hanya perlu memasukkan wang sebanyak €2.50 ($3.36) dan setiap hidangan akan disediakan dalam cawan kertas bersama dengan garpu serta pilihan citarasa sama ada mahu meletakkan mayonis atau sos. Mesin ini merupakan ciptaan syarikat Belgium iaitu BreakTime Solutions dan terletak di pintu masuk sebuah pasar raya di Brussels.

p/s: Sekarang ni semua makin mudah dan cepat =D

No comments:

Post a Comment

 

Most Reading

Blog Archive